jom try

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

cupcake



siap mandi petang semalam, belum sempat pakai baju yong ambil kalender..tanda lagi..sambil tersengeh-sengeh yong merenung no. 25..



ayong: mama, esok arijadi yong.. 25


mama: ye


ayong: yay..yay..esok arijadi ayong..


kurapati anakku dan mula berdiskusi..


mama: yong..esok kita tak buat birthday party tau (party tu maksudnya kek ngan lilin la, pastu makan sesikit) kita tunggu acik balik..kita beli kek, kita sambut ramai2..dengan nek syibah sekali ye..


ayong: kenapa? esokkan 25 haribulan..mama tengok kalender ni..


mama: ye la.. lagi best kalau ada acik, unti, k.ya..nanti kita sambut ramai2 la.. esok mama tak beli hadiah lagi tau..


ayong: takkan takde hadiah? dah bila kita nk beli kek? yong nak tanda kat kalender..


mama: 27, nanti mama belikan kek..


ayong: lagi 2 hari ye ma?


mama: ye


ayong: oklah


dan pagi tadi bangun tidur aku wish happy birthday kat yong..


ayong: mama... boleh tak arini belikan yong cupcake yang kecik je, yang ada patung kat atas dia tu..donut ke? nantii 27 beli kek besar sikit..


mama: ok


memang dah plan dah sebenarnya, yong balik sekolah nk surprisekan dia ngan cc yang ada patung tu..tu pun dia akan happy sesangat..tapi dah dia nk pilih sendiri takde la surprisenya..


alahai anak aku...terlalu ghairah nk sambut harijadi..masa aku kecik dulu tak pernah sambut harijadi pun..




Selamat hari lahir sayang...





Kami disatukan atas dasar cinta sama cinta... aku mengenali suami semenjak dari bangku sekolah lagi.. suami adalah rakan baik arwah abang..semua rakan yang rapat denganku tahu akan kisah percintaan cinta kami.. hampir 10 tahun berkenalan kami mengikat tali perkahwinan pada tanggal 7.6.2003. Majlis sederhana tapi meriah dihadiri sanak saudara yang telah lama terpisah. Arwah abah antara yang tersibuk menyiapkan persiapan. Memastikan semua berjalan lancar. Tiada karaoke atau kompang dan gendang dialunkan semasa majlis perkahwinanku. Abah kata tak elok, lebih2 lagi arwah abang baru saja meninggal...





Kenduri kahwin mmg memenatkan... seluruh badan aku sakit2..lebih2 lagi betis dan kaki..semuanya lenguh2. Aku ambil cuti seminggu.. beberapa hari lepas kenduri aku demam..tapi tak kuat sngkaku mungkin badan ku letih.

sebulan selepas diijabkabulkan periodku lewat dari biasa.. perut selalu kembung.. aku ke klinik kerana merasakan mungkin aku hamil..sangkaku betul aku bunting pelamin..alhamdulillah..mmg aku tak mengjangkakan mendapat zuriat secepat ini..tapi aku bersyukur.... dan aku mmg bertuah..tak ada alahan lain melainkan kembung perut biasa..tu pun sebulan pertama jer.. tak ada muntah atau pening... makan seperti biasa..tak ada mengidam..mmg lansung tak ada tanda aku hamil.... aku memasak seperti biasa, memang tak ada masalah..suami ada juga bertanya ada aku teringin makan sesuatu? aku langsung tak mngidam apa2... kalau orang lain mengandung sampai muntah2, tak boleh masak, pening2 loya, tapi berbeza sungguh dgn aku..aku bersyukur sangat..

rawatan pertamaku di klinik ditemani suami..suami ambil cuti bagi menemani aku mendapatkan rawatan pertama kandunganku.. temujanji seterusnya aku pergi sendiri..kami belum memiliki kereta, tapi aku gagah berjalan kaki ke klinik yang agak jauh tanpa sedikitpun rasa penat.. selalunya sehabis sahaja waktu rawatan aku akan berjalan kaki ke pejabat.. semuanya aku lalui dari awal kandungan sehinggalah aku sarat..aku masih gagah berjalan. memang aku tiada masalah sewaktu mengandung. cuma seingat aku sewaktu kandungan pertama jiwa aku terlalu sensitif, cepat terasa dan merajuk tak tentu pasal. Tapi merajuk hanya dengan suami.. salah sikit aku merajuk, sampai kalau difikirkan semula terasa bodohnya aku..



seminggu sebelum tarikh dijangkakan bersalin aku dan suami duduk di rumah mertua. ini bagi persediaan menunggu hari melahirkan.. beg berisi baju dan kelengkapan bayi telah disiapkan awal2 lagi.. semuanya aku belajar dari pembacaan. segala kelengkapan bayi telah disediakan. hanya menunggu permata hati kami lahir..dan kami mmg tak tahu jantina anak yg bakal lahir...pada 24.2.2004 iaitu seminggu awal dari tarikh dijangkakan bersalin, perut terasa memulas.. ada sedikit darah di baju tidurku..tapi tak ada tanda2 sakit nk bersalin..aku kejutkan suami, bergegas suami kejutkan mak mertua... mak kata lambat lagi sebab tak sakit lagi..tapi abah suruh kami bersiap terus ke hospital sebab tanda2 dah ada... sampai di hospital sakit mula datang..jam baru menunjukkan pukul 2 pagi.. lama kelamaan sakit makin kuat... tapi bukaan baru 2cm..bermakna aku harus menahan sakit lama lagi. aku dimasukkan ke wad. Mungkin aku agak berlainan dengan isteri2 yang lain..aku tak suka suami menunggu..aku suruh suami dan mak balik dulu, lagipun aku dijangkakan bersalin keesokan hari..
memang aku lansung tak boleh tidur..sakitnya hanya tuhan yang tahu...pukul 8 pagi sekali lagi bukaan rahim di periksa.. baru 6cm.. aku kene tunggu lagi 2 cm... tapi aku diarahkan masuk ke bilik bersalin... sewaktu keluar dari bilik aku bertemu suami yang baru sampai, sambil muka berkerut-kerut menahan sakit aku suruh dia tunggu je di luar bilik bersalin..memang aku berbeza..aku taknak suami ada semasa aku menahan sakit..aku lebih selesa sendirian.. itulah pertama kali aku merasa sakitnya nak bersalin, memang terlalu sakit..doktor pelatih lelaki menemaniku.. diajaknnya aku berborak..tapi tidak satu pun soalannya mampu ku jawab..terlalu sakit... nurse mengingatkanku..kalau terasa ada benda nk keluar beritahu dia..nurse memerhatikanku sakit yang teramat..sewaktu memeriksa rahim memang dah nampak kepala bayi.. bergegas kelengkapa ditarik dan cara2 meneran diajar....perasaan malu pada doktor pelatih lalaki lansung hilang.. aku hanya mahukan bayiku dilahirkan segera..sakitnya dah tak tertanggung...air ketuban dipecahkan..berkali-kali diteran barulah bayiku lahir... segala kesakitan yang ditanggung sejak semalam hilang... sayup2 kedengaran bayi menangis.. berkali-kali aku mengucapkan lhamdulillah..anak yang masih berdarah dan hanya dibaluti kain diangkat. buat pertama kalinya aku diperkenalkan oleh nurse dengan bayi yang selalu menendang-nendang perutku dahulu.. " kak..baby boy ke girl" nurse bertanya.. dengan nada yang lemah aku jawab boy.. girl kak..tgk betul2..aku angguk..mungkin itu procedure yg harus diikut. bayi diletakkan di perutku bagi mententeramkannya dengan persekitaran baru..ini juga bagi merapatkan hubungan ibu dan anak..sewaktu anak diletakkan di perutku satu perasaan yang sungguh berbeza dapat kurasakan..aku kini seorang ibu..


selepas seketika anak diambil untuk dibersihkan..sementara itu aku terpaksa menjalani sedikit proses jahitan. selepas semuanya selesai aku diberi minum air milo, dan pertama kali seumur hidup aku menyusukan bayi... kubelek bayiku.. kulit putih bersih, rambut lebat... dan mata itu.. memang seiras mata suamiku..alhamdulillah..aku selamat melahirkan anak perempuan..

sejam selepas dilahirkan aku ditolak keluar..suami dan mak mertua menunggu di luar.. aku tersenyum memandang suami yang tertanya-tanyakan jantina anak... aku ditolak ke wad bagi memantau kesihatan bayi dan ibu sebelum dibenarkan keluar. Keesokannya aku dibenarkan keluar. Arwah abah dan Mak datang..jelas terpancar di wajah mak dan abah betapa gembiranya mereka menimang cucu dari anak perempuan mereka sendiri.

Nama anak telah lama disediakan. Kalau lelaki kami akan berikan nama Adib Zulfan, dan kalau perempuan kami akan berikan nama Batrisyia Humaira. Batrisyia bermakna 'yang cerdik pandai' manakala Humaira adalah nama timangan nabi kepada Siti Aisyah bermaksud ' merah jambu'. Nama ni diambil dari buku nama-nama Islam. Semoga anak ini akan menjadi seorang yang bijak pandai dan anak yang solehah. Pengalaman berpantang anak pertama dan kedua mmg amat berbeza. Bagi kelahiran pertama segala-gala akan diajar dan dibantu. Bagi anak kedua mungkin disebabkan pengalmn yang dah ada kebanyakkannya dilakukan sendiri. Tapi suami tetap sediakan segala makan minum dan pakai. Selepas seminggu melahirkan anak, aku diambil abah untuk berpantang di kampung. Berurut dan sebagainya. Kesihatan anak tidak berapa memuaskan. Jaundis atau kuning agak tinggi dan lama. Sebulan kuning anak masih belum hilang. Abahlah yang berulang alik bawa aku dan anak ke klinik berdekatan bagi memantau darah anak. Memang jelas kelihatan abah dan mak terlalu sayangkan dan manjakan anak kecil ini. Anak sentiasa dijaga. Pantang anak menangis sikit, mak dan abah dah gelabah. Kalau anak menangis malam mak bangun, tengok. Kalau kembung diusap perut dengan minyak. Anak ditatang bagai minyak yang penuh. Abah adakan kenduri cukur jambul tanda kesyukuran. Abahlah yang sibuk sediakan segala kelengkapan. Memang terlalu jelas mereka terlalu sayangkan anak ini.

2 bulan selepas pantang maklah yang bersusah payah duduk di Kuantan semata-mata nak menjaga cucu. Abah izinkan kerana anak tak mahukan susu botol. Setelah puas dipujuk barulah diminum susu badan yang ditinggalkan. Susah nak ditinggal dengan pengasuh. Tengah hari waktu rehat aku terpaksa balik rumah bagi memberi anak minum.

Dan kini anak aku sudah pun berumur 6 tahun. Cukup petah bertkata-kata. Seorang anak yang cukup sensitif. Mungkin mengikut perangai aku yang suka merajuk dan menangis sewaktu mengandung. Anak yang baik, bijak dan terlalu manja. Walaupun susah dijaga sewaktu kecil, tapi anakku kini mudah mengikut kata. Pada mulanya kami panggil anak sulong kami ini dengan nama syasya. Tapi selepas adib lahir kami bahasakan dirinya kak long atau lebih dikenali dengan nama ayong sebab adib pelat masa kecil. dan nama yong lekat sampai sekarang.


Yong memang cepat belajar. Mudah ingat dalam pelajaran. Alhamdulillah. Walaupun aku tidak terlalu mendesak yong untuk belajar tapi yong mudah dapat di sekolah. Umur 6 tahun yong baru merangkak-rangkak membaca. Kalau budak lain umur 4 atau 5 tahun dah laju membaca, tapi pendapatku lain. Biarlah dia belajar mengikut peringkat umur dia. Perlahan-lahan. Yong boleh mengeja pun bukan aku ajar sungguh-sungguh. Mengikut keadaan. Tengah melukis bunga, aku ajar dia eja bunga. Pergi perpustakaan aku pinjamkan buku-buku pilihan yong sendiri. Dari situ yong mula belajar mengeja. Kalau yong pilih buku "puteri dan sebutir kacang pis", "Cinderella" dan "puteri duyung" adib pula pilih buku "batman". Hari-hari suruh papa bacakan.


Dari lahir hingga ke hari ini terlalu banyak kenangan manis sebagai seorang ibu yang ku lalui. Dan ianya sungguh indah. Menjaga anak yang jaraknya hanya setahun memang memenatkan. Dua-dua memerlukan perhatian dan penjagaan yang rapi. Pernah seketika adikku bertanya " tak penat ke kak teh"? Mungkin melihatkanku tanpa henti-henti bekerja. Memang penat tapi segalanya dilakukan dengan ikhlas, dan tiada sekelumit pun perasaan menyesal atau merengus melakukan semua itu. Mungkin naluri seorang ibu yang dianugerahkan oleh Allah lantas tiada sebarang rungutan dan segalanya boleh dilalui dengan baik.

25.2.2010 tarikh ni yang yong tunggu sejak sebulan lalu. Hari-hari tanda kalender menantikan hari jadinya. Bukannya majlis gilang gemilang yang yong nantikan. Cukuplah sekadar sebiji kek kecil besertakan lilin. Itu pun sudah memadai baginya. Tak ada apa yang istimewa yang yong request, sekadar sekotak colour pencil yang dibungkus dengan kertas pembalut hadiah bercorak teddy bears. Itulah yong. tak suka membebankan mama. Bila minta sesuatu, pasti yong tanya kembali.."mahal tak ma?, kalau mahal takyah lah". Aku dah asuh anak2 agar tidak membazir membali barang yang mahal2, lagipun kehidupan kami yang sederhana memang memerlukan kami berjimat. Tapi yong tak tau, kami sekeluarga belah suami insyaallah akan ke Terengganu untuk berjalan-jalan pada 27.2.2010 dan sekaligus menyambut harijadi yong di sana nanti.


Selamat harijadi sayang... kehadiranmu memang amat2 mengembirakan semua ahli keluarga. Lebih2 lagi papa dan mama. Dirimu sungguh istimewa. Senyum tawamu bisa menghapus segala kepenatan... keletahmu menghapuskan seribu kedukaan... tangisanmu ibarat irama yang dapat menyelar naluri keibuan... kemanjaanmu sungguh mama rindukan..tak mampu rasanya berpisah denganmu walau sedetik...besarlah anakku, jadilah insan berguna untuk agama bangsa dan negara. Jadilah anak yang solehah yang taatkan agama dan kedua ibubapa...

Kisah ini ku coretkan untuk tatapan yong agar satu hari nanti tatkala yong dah pandai membaca dan memahami, yong akan tahu betapa kasihnya kami semua pada yong... Selamat Hari Lahir Sayang....

yong 2 tahun


yong 3 tahun


yong 4 tahun


yong 5 tahun, yong memang penggemar patung barbie


budak ngan kolam mmg sukar dipisahkan..



yong 5 tahun dah start sekolah, w.pun ada masanya yong menangis ditinggalkan di sekolah tapi alhamdulillah yong dapat belajar dengan baik.



birthday yong yg ke 5. tarikh lahir yong sama ngan nek..




ni je gambar terkini yang ada..yong 6 tahun...dah besar dah budak susah minum botol ni dulu..



tapi yang pasti yong akan sambut harijadi dia banyak kali dalam setahun.. setiap kali harijadi sesiapa saja mesti sekali ngan dia.. alahai anak aku...




sekian..........

bekpes ngan adib


ntah bila ntah aku bekpes ni....aku tingin nk makan mee kari....mee kari kt sini memang meletop... tapi mee sop dia..aku takleh telan..lansung out... mee kari ni dilengkapi ngan ayam, kerang serta sayuran yang dibenarkan..ditambah ngan sambal bilis..mmg agak pedas sikit..sambal bilis tu jugak dia masukkan dlm me sup...so bagi aku tak serashi bersama.. anak2 aku mmg peminat mee kuning. lebih2 lagi papa yg goreng..mmg tak tolak.... kisahnyer mlm sebelum adib nk makn mee goreng..hanya ada ayam.. bahan2 tk lengap..papa goreng jer ikut apa yg ada...tapi diorg ni tetap makan sampai berpinggan-pinggan..lebihnya bawak bekal.. sampai aku tanya nk mkn apa..adib ckp nk mkn mee papa.. ngadap la mee tu kat kedai mkn..boleh ker? aku boleh jer..


hi...spiderman mkn mee...

semangat sungguh...


makan la dib.. tak membazir papa goreng..






Copyright 2009 its is about us. All rights reserved.
Bread Machine Reviews | watch free movies online by Blogger Templates