jom try

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Menjaga zakar suami (nape tajuk dia camni ek? aku takleh ubah ni n3 org)


Last week aku jenjalan kt blog kengkawan..terjumpa satu maklumat yg menarik tuk dikongsikan.. aku dh dpt permission dari tuan tanah tuk publish n3 ni kt blog aku..
terima kasih aku ucapkan kepada blog comel nie ..n3 ko..aku panjangkan kepada pembaca yang lain bagi tujuan perkongsian ilmu bersama...dapat pahala tau..



1.Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda.Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna.Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.

aku :hmmmm... ni mmg betul aku dh buat kaji selidik ngan cik abang sayang aku... lelaki normal mmg camtu..

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan Apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami nda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suamia kan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.

aku: insyaallah....aku buat..

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita.Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

aku: Insyaallah membantu dah rasanya...boros tu mmg aku la.. rujuk kt suami tu mmg dh perkara wajib bagi aku..

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

aku: i love u everyday..

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu.Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bilaberjalan-jalan.

aku: ni selalu... sampai anak2 tunjuk muncung mulut bila papa balikk nk suh mama cium..hheheeh..

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidurbersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalamkehidupan berumahtangga.

aku: hmmmm.. yg ni susah sikit.. susah tul nk asingkan tempat tidur..n nk suh tidur awal.. tgh diusahakan..

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

aku: kekadang aku kuat gak berleter..

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda didepan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.

aku: aku mmg guna stratergi ni. memujuk dan mendorong.. tp suami tak berapa setuju..budak manja sangat..

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.

aku: nk mandi bersama? lambt lagi.. anak tk bagi..

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda,bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertianbahawa “hanya kaulah satu-satunya kekasihku”.

aku: bab dlm selimut...

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suamia nda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

aku: sekarang ni musim panas... nk tido pun tk selesa...

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain.Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja.Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

aku: aku cite yg baik2 jer rasanya.. biasalah manusia mesti ada kekurangan..mana ada manusia perfect di akhir zaman ni kan..

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk “bersama”anda,layanilah dia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dankeletihan anda.Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteriyang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut ****. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

aku: bab dalam selimut

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima’. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus.Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima’. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.

aku: bab dalam selimut

15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda,janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.

aku: bab dalam selimut

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya,melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.

aku: of koz lah kan..

17. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalahanak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.

aku: insyaallah... jika ajalku menjengah dulu semoga anak2 dan suami akan sentiasa mendoakan aku..



5 comments:

Charlotte Arphenee said...

huhu... cik la buat tajuk 18sx nih... hahaaaa...bab bermanja2 tuh aku rasa seme org pandai... cuma bab nak berinteraksi dengan lebe baik tu ramai yg kena belaja, cthnya aku la... memanjang nak menang jerk... huhu

dalila said...

18sx..lupa aku nk tulih bacaan tuk para suami dan isteri jerk..

betul tu jei... manja2..ngada2..ngendeng2.. aku rasa sume org leh buat..tapi sebenarnya masih banyak lagi kelemahan kita tanpa disedari..dan kalo sedar pon malas nk baiki or mmg malas la.. (aku la tu)

LYaFRINA said...

hehehheeh.. bab2 dalam selimut tu x tahan.. tajuk tu pon..menarik semua tu.. hehehehe

dalila said...

lya: baba dlm selimut takleh komen..hehehe..hanya kau dan aku jer yg tahu..

My Family..... My Love.....My Friend said...

tajuk.. buat yang membaca berdebar2... tp.. bagus sangat... untuk ingatan bersama..:)

Copyright 2009 its is about us. All rights reserved.
Bread Machine Reviews | watch free movies online by Blogger Templates